Cetak

PIITRAM finalist

 

Satu pertandingan penulisan abstrak telah dianjurkan oleh Kelab Inovasi Pelajar @ The Novus KMP secara atas talian yang melibatkan semua pelajar KMP bermula 16 November 2023 yang lalu.

Pertandingan ini yang diadili oleh satu pasukan juri yang berpengalaman, bertujuan untuk pemilihan lima buah kumpulan yang akan mewakili kolej ke Pertandingan Inovasi Pre-University Matriculation Innovation Competition atau PIITRAM 2024 bertempat di USIM pada 24 Februari 2024.

Sekalung tahniah & syabas diucapkan untuk kelima-lima kumpulan pemenang.

Semoga menempa kejayaan hebat di PIITRAM 2024!