banner makmal sains

 Kata Aluan   Organisasi   Kakitangan   Bidang Tugas   Aktiviti   Galeri 


SEKAPUR SIRIH

Hassan

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera,

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w, kerana nikmat yang banyak yang telah dikurniakaNya,dapat saya melayari laman web ini. Kepada warga KMP selamat melayari laman web ini. Ahlan wa sahlan....

Jika ada sebarang kesukaran dilaman web ini,saya dengan penuh rela hati memohon ampun dan maaf. 

  Saya panjatkan ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya memberi kekuatan untuk saya, menyampaikan kata-kata aluan di Unit Pengurusan Makmal Sains, Kolej Matrikulasi Perlis yang baru dihasilkan ini. Juga tidak dilupakan, tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua Staf Makmal di atas usaha dan sumbangan yang diberi selama ini demi meningkatkan paradikma  Unit Pengurusan Makmal Sains.

 Saya mengalu-alukan Tuan/Puan/Saudara/Saudari  untuk mengenali Unit Pengurusan Makmal Sains, Kolej Matrikulasi Perlis melalui laman web ini. Semoga Tuan/Puan/Saudara/Saudari akan mendapat maklumat yang diperlukan serta dapat kita bertukar-tukar maklumat dan pengetahuan. Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan atau pandangan Tuan/Puan/Saudara/Saudari demi meningkatkan perkhidmatan kami.

 Sekian, Terima Kasih

 

Hassan Bin Man

Ketua Pembantu Makmal

Kolej Matrikulasi Perlis

 

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today431
Yesterday718
This week1511
This month19952
Total889247

Scroll to top