Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang ke Unit Sains Komputer, Kolej Matrikulasi Perlis
Unit Sains Komputer merupakan unit di bawah Jabatan Matematik. Terdapat seramai 6 orang pensyarah di bawah unit ini.
Pelajar-pelajar aliran sains yang mengikuti Modul 2 dan Modul 3 dalam Program Matrikulasi perlu mengambil mata pelajaran Sains Komputer. Mata pelajaran Sains Komputer merupakan mata pelajaran teras. Pelajar akan didedahkan dengan menyeluruh ilmu di dalam bidang ini seperti Sistem Komputer, Pangkalan data, Multimedia, Pengaturcaraan dan lain-lain lagi. Ilmu yang didapati diharap akan dapat menjadikan pelajar-pelajar mampu berdaya saing di dalam bidang Pengkomputeran dan ICT kelak.
Setinggi penghargaan juga kepada pensyarah-pensyarah Unit Sains Komputer terhadap usaha bersama dalam menjadikan unit ini sebuah unit yang mantap. Kecemerlangan adalah matlamat utama. Ia bukan sahaja akan dapat dihayati oleh pensyarah-pensyarah, malahan seluruh warga Kolej Matrikulasi Perlis.
Akhir kata, kerjasama di antara ahli unit akan dapat diteruskan demi mencapai cita-cita untuk melahirkan pelajar-pelajar yang hebat dalam bidang pengkomputeran , cemerlang penguasaan akademinknya serta terdidik dari segi akhlaknya.
Sekian, Terima Kasih
Syuhaila Binti Adnan
Ketua Unit Sains Komputer