PERKHIDMATAN PINJAMAN
Keahlian
Terbuka kepada pensyarah, kakitangan dan pelajar kolej sahaja. Tiada yuran pendaftaran dikenakan.
Pendaftaran
Semua kakitangan / pensyarah dan pelajar yang berdaftar sebagai warga KMP, secara automatik layak menjadi pengguna dan boleh menggunakan semua perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.
PERATURAN PINJAMAN
Buku Rak Terbuka
- PELAJAR - Dibenarkan meminjam 4 buah buku untuk tempoh masa 2 minggu
- PENSYARAH - Dibenarkan meminjam 8 buah buku untuk tempoh masa 4 minggu
- KAKITANGAN SOKONGAN - Dibenarkan meminjam 2 buah buku untuk tempoh masa 2 minggu
Buku Bertanda Merah
- Sebuah buku dibenarkan dipinjam untuk selama 2 jam
- pinjaman semalaman dibenarkan dengan syarat buku dikembalikan sebelum jam 9.00 pagi pada keesokkan harinya.
Bahan-Bahan Terbitan Bersiri
- terbitan bersiri yang belum berjilid hanya boleh digunakan diperpustakaan sahaja
- Terbitan bersiri yang siap dijilid boleh dipinjam dengan kebenaran pegawai Perpustakaan / Pustakawan
- Akhbar dan bahan bercetak yang lain adalah untuk rujukan di dalam perpustakaan sahaja
Buku Rujukan
- bahan-bahan rujukan boleh digunakan di perpustakaan sahaja
- Peminjaman bahan-bahan rujukan yang tertentu selama 1 minggu hanya dengan kebenaran Pegawai Perpustakaan / Pustakawan
Tempahan
- Semua pengguna boleh membuat tempahan sekiranya bahan yang diperlukan sedang dipinjam oleh pengguna lain (termasuk pegawai, pensyarah & kakitangan sokongan)
- Buku-buku di Koleksi Am dan Bahan Terbitan Bersiri (berjilid)
- Tempahan boleh dibuat melalui staf bertugas dikaunter
- Penempah perlu menyemak dari masa kesemasa samada bahan tersebut telah dikembalikan ke perpustakaan
- Bahan-bahan perpustakaan yang telah ditempah akan disimpan selama 1 minggu dari tarikh bahan dikembalikan ke perpustakaan
- Bahan-bahan perpustakaan yang telah ditempah akan disimpan selama 1 minggu bermula dari tarikh bahan dikembalikan
- selepas tempoh ini bahan-bahan tersebut akan ditempatkan semula di rak-rak buku atau dipinjamkan kepada pengguna lain
DENDA
- Pengguna akan didenda RM0.20 bagi setiap buku yang lewat dihantar.
- Sekiranya berlaku kehilangan buku yang dipinjam, pengguna perlu membayar harga buku dan bayaran pengurusanRM10.00 bagi setiap buku yang hilang
SUMBER PEROLEHAN BAHAN PERPUSTAKAAN
Bahan-bahan untuk koleksi Perpustakaan diperolehi secara:
- Pembelian melalui kontrak pusat (BMKPM)
- Pembelian sendiri oleh Perpustakaan
- Hadiah dan sumbangan daripada agensi kerajaan dan swasta serta individu
|